Dalam paparan rakaman di atas menunjukkan keadaan sekumpulan manusia yang hidup dalam keadaan yang menyedihkan kerana mereka kekurangan keperluan asas untuk hidup. Keperluan asas manusia untuk hidup ialah seperti makanan, air, udara dan tempat tinggal.
KEPERLUAN ASAS MANUSIA
Manusia memerlukan makanan, air, udara dan tempat tinggal untuk meneruskan hidup di atas muka bumi ini. Mereka memerlukan makanan adalah untuk menjana tenaga untuk menjalani aktiviti harian. Selain itu juga, protein di dalam makanan turut membantu tubuh manusia membina sel-sel yang sihat serta menguatkan sistem pertahanan badan daripada diserang pelbagai penyakit.
Fungsi air di dalam tubuh pula ialah bagi mengawal suhu tubuh. Air juga penting untuk aktiviti kimia dalam tubuh dan juga bertindak sebagai pelarut untuk mineral, vitamin dan glukosa agar mudah diserap oleh tubuh. Air turut membawa nutrisi dan oksigen ke seluruh sel tubuh dan memastikan tubuh sentiasa bertenaga sepanjang hari. Selain itu juga fungsi air dapat meningkatkan metabolisme sel, mengeluarkan zat yang tidak
berguna dalam tubuh melalui sistem kumuhan.
Udara atau Oksigen memegang peranan penting dalam semua proses tubuh manusia. Kekurangan oksigen akan menyebabkan tubuh menjadi lemah tidak bermaya dan dapat menimbulkan kematian.
Tempat tinggal atau yang sering kita sebut dengan rumah merupakan sebuah harta yang tinggi nilainya di mana memberi perteduhan daripada cuaca buruk mahupun cuaca panas. Rumah juga memberi perlindungan kepada manusia daripada ancaman binatang buas serta musuh seperti perompak dan pengganas.
Baccarat - Play online with free demo at febcasino.com
ReplyDeleteWith a very rich portfolio of popular Asian, international and Asian table 바카라 필승법 games, the company offers both classic and high-tech versions for